Monday, July 27, 2009

Cutenye My Baby......









Tom Yam Seafood



Resepi ni amik dari blog mat gebu. sedappp sangat..

Bahan Utama:-
1 keping ayam bahagian dada
8 - 10 ekor sotong
8 - 10 ekor udang besar

Bahan Sayur:-
1 batang lobak merah, dipotong baji
10 kuntum cendawan butang, belah 2
5 batang putik jagung, belah 2
1 biji bawang besar, potong 4
2 biji tomato, belah 4 setiap sebiji
6 - 8 biji cili padi, diketuk

Bahan Rempah:-
2 camca besar "LIFE" tom yam paste
2 batang serai, diketuk
1 cm lengkuas, diketuk
1 pokok ketumbar, cuci bersih dgn akar sekali
2 helai daun limau purut
1 cm halia, diketuk
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 ketul kiub ayam "MAGGI"

Bahan Perisa:-
2 - 3 camca besar jus limau kasturi
Sedikit gula
Sos ikan (nampla) secukup rasa



Cara membuatnya:-
1. Ayam dibersihkan dan potong kecil, cuci bersih dan tos. Kupas udang dan buang urat belakang, cuci bersih, toskan. Sotong dibelah dan potong kasar, cuci dan tos. Ketepikan
2. Dalam periuk, tuang air (kurang lebih 700ml) dan jerang atas dapur. Masukkan semua bahan2 perisa dan biar mendidih. Kemudian masukkan ayam, lobak merah, cili padi ketuk dan belahan bawang besar, masak hingga lobak 3/4 lembut.
3. Kemudian masukkan sotong, udang dan semua bahan sayur. Biar mendidih dan perasakan dgn sedikit gula dan sos ikan mengikut keserasian tekak masing2. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi juga mengikut tahap kemasaman yg diinginkan. Boleh dihidangkan panas...


Tuesday, July 21, 2009

Pic Terbaru Anak Kesayanganku



Pic smlm yg abah dia tangkap mase dia tengah mandi..Pic nie khas utk tatapan mak teh baby di kg...Kalu mak teh nak tahu skrg ni baby dh tumbuh 2 batang gg...dah pjg gg nye..

Ikan Pekasam Style Orang Kuala


Ikan pekasam nie mak sy yang dok kat kuala kangsar yg bagi..sedap yg amat2..tambah lak kalu makan ngan nasi panas..mmg x pandang keliling dah....

Ikan Kukus

Resepi asal dari diana...tp sy ambik resepi nie dr blog ummi...Mmg sedap arr...Cuba le jangan x cuba ye..


Bahan:-
• 1 ekor ikan siakap (saya guna bawal putih)
• 8 tangkai cili padi - hiris halus
• 2 biji bawang putih, diketuk
• 2 inci halia - dihiris tebal dan diketuk
• 1 cawan kicap (saya kuruangkan lg kicap nie)
• 1/2 cawan air
• 2 sudu makan madu
• sedikit garam (saya x letak pon)

Cara Memasak:-
1. Ikan dibersihkan dan ditoskan. Panaskan periuk kukusan.
2. Campurkan cili padi, bawang putih, halia, kicap, air dan madu. Gaul dengan tangan . Kemudian gaulkan ikan tersebut sambil dimasukkan bahan-bahan ke dalam perutnya.
3. Perapkan ikan sebentar selama 10 minit.
4. Letak ikan di dalam bekas tahan panas dan tuangkan lebihan bahan di atas ikan.
5. Kukus selama 30 minit atau hingga ikan masak. Angkat dan hidangkan panas-panas..Sedap sangat!!!

Sawi Goreng Simple


Bahan-bahannye simple jer..

sawi yg kontot tu(x igt name aper)
bebola ayam
bawang putih - dimayang
bawang merah - dimayang
cili merah - di mayang
carot - dihirs memanjang
ikan bilis
sos tiram - 2 sudu besar
serbuk perasa

Cara Memasak:
Mula2 tumis bawang merah n bawang putih hingga kekuningan..pastu mskkan ikan bilis..kacau skit..masukkan cili merah n carot..kemudian masukkan sos tiram.letak skit air.masukkan pulak sawi..biarkan sebentar.pastu br masukkan bebola ayam.. tadi..tabur serbuk perasa skit..
angkat dan sedia utk dihidang..

Monday, July 20, 2009

kek coklat kukus

Walaupon rupa x berape nk menjadi tp sedap dimakan tau...dalam mase 2 ari abis kek tu dimakan suami n kawan..kek tu jadi retak sbb loyang dia kecik skit..lenkali kalu nk wat nk cari loyang yg besar skit..kek sy ni x make up pon..malas le..wat kek nie pon mase ngah masak hidangan utk mkn tengahari..resepi asal dr bebop..geng di CARI.COM



KEK COKLAT KUKUS

1 1/2 BIJI BUTTER (250 GM + 125 GM)
2 CAWAN GULA HALUS
1 TIN SUSU CAIR
4 BIJI TELOR
2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 CAWAN KOKO
1 SUDU TEH BAKING POWDER
1 SUDU TEH SODA BIKARBONAT
1 SUDU TEH ESEN VANILLA

CAIRKAN BUTTER DLM PERIUK, KEMUDIAN MASUKKAN SUSU CAIR, ESEN VANILLA DAN GULA, KACAU PERLAHAN HINGGA SEMUA HANCUR DAN SEBATI. kEMUDIAN TUTUP API DAN BIARKAN ADUNAN SUAM. SELEPAS ITU MASUK TELUR YG TELAH DIPUKUL DAHULU KEDALAM ADUNAN. SATUKAN DAN AYAK TEPUNG, KOKO, BAKING POWDER DAN SODA BIKARBONAT, KEMUDIAN CAMPURKAN SEMUA BAHAN KERING KEDALAM ADUNAN TADI. KACAU SEBATI HINGGA RATA KEMUDIAN KUKUS SELAMA 1 1/2 JAM.

(ACUAN HENDAKLAH DI SAPU MINYAK KEMUDIAN DI LAPIK DENGAN KERTAS MINYAK SUPAYA SENANG UNTUK DIKELUARKAN KEK DARI ACUAN NANTI. DAN JUGA TUTUP PERMUKAAN ACUAN KEK DENGAN FOIL PAPER SUPAYA AIR KUKUSAN TIDAK JATUH KE ATAS KEK.)

kuih bakar bijan

Resepi nie saya ambik dr blog ummi..Mmg x rugi mencuba sbb kuih nie mmg sedap..my hubby pon suka...Resepi nie copy paste dr blog ummi ye la ekk..malas nk taip dah..



Bahan:-
• 1 cawan gula
• 1 cawan jus pandan/ air + pandan essence
• 2 cawan tepung gandum
• 2 1/4 cawan santan (1 tin santan = 450 ml)
• 2 sudu makan mentega
• 3 biji telor
• 1/2 sudu teh garam
• pewarna hijau
• bijan
Cara-Cara:-
1. Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
2. Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
3. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
4. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C sampai kuning/garing (*ummi set oven 165C selama 1 jam 15 minit)




Saturday, April 11, 2009

Bendi Goreng


X igt lak ambik resepi nie dr maner...Sori ye tuan punyer resepi yer..

Bahan-bahan ( 2 - 3 org )
• 15 biji bendi - dipotong nipis secara serong
• 2 biji telor - dipukul

Bahan kisar
• 2 - 3 cili merah dibuang biji
• 2 ulas bawang merah
• 1 ulas bawang putih
• * sedikit garam & perasa
• minyak utk menumis
Cara-cara
1. Panaskan minyak & tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkn bendi & dikacau .. Masukkn garam dan perasa . Agak2 bendi dah separuh masak boleh lah dicurahkan telur keatasnya.
3. Biarkan telur 1/2 masak barulah di dikacau..biarkan sekejap & boleh lah ditutup api..
4. Siap utk dihidang.. senangkan

Ikan Talapia Merah Goreng Bersambal




Resepi nie Dania ambik dr blog Diana..Sedap n menyelerakan....x rugi mencuba tau!

Bahan-bahannya
2 ekor ikan tilapia merah, dibersihkan
1 biji bawang besar, hiris bulat
1 biji tomato, potong baji
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar kasar
2 biji bawang besar
7 batang lada merah
11 batang cili padi hijau
1 inci belacan

Cara-caranya
1. Lumurkan ikan bersama serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak di kuali dan goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat dan toskan.
2. Lebihan minyak goreng ikan jangan dibuang. Gunakan dan tumis bahan yang dikisar kasar. Masukkan juga bawang besar yang dihiris bulat dan tumis sehingga rempahnya bangkit dan masak.
3. Setelah rempahnya garing masukkan garam dan serbuk perasa gaul rata. Masukkan tomato gaul rata dan padamkan api.
4. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul rata rempahnya. Jika ikan terlalu lembut dan takut isinya berderai. Susun ikan di pinggan dan bubuhkan rempahnya atas ikan. Hidangkan panas.

Friday, April 3, 2009

Paru Goreng Bersambal



Sedap sesangat Paru Goreng Bersambal nie...Mkn ngan nasi hangat...fuhhhhhhhhhhh...sedap tul..CP terus dr blog Mat Gebu.

Dania wat 300g jer Paru tu..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg paru
4 ulas bawang putih, diketuk
2 inci halia, dititik
3 batang serai, dititik
1/2 cawan jus asam jawa
1 camca besar gula melaka
1/2 camca besar gula pasir
Garam secukup rasa
7 biji cili merah*
6 biji cili padi (optional)*
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
3 biji buah keras*
1/2 inci halia*
1 camca besar ketumbar*
1/2 camca besar jintan kasar*(*dikisar, tapi jangan halus sangat)

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Rebus paru bersama halia titik, bawang putih ketuk dan sedikit garam, hingga lembut. Sejukkan dan hiris nipis. Kemudian goreng hingga garing. Angkat dan toskan.
2. Tinggalkan kurang lebih 1/2 cawan minyak. Tumis bahan kisar bersama serai hingga harum. Kecilkan api dan terus menumis hingga terbit minyak. Masukkan jus asam jawa, gula melaka dan gula pasir, kacau rata.
3. Tambah garam secukup rasa dan masukkan paru goreng, gaul rata dan masak hingga sedikit kering tapi masih lembap. Rasa dan jika ok matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat....

Tempoyak Cili Hijau



Memang sedap mkn sambal nie ngan nasi panas...Asyik bertambah nasi jer..Resepi nie gak dr blog Mat Gebu..Resepi dr Mat Gebu nie mmg x menghampakan langsung..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam ikan bilis, rendam 10 minit, cuci dan toskan
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 keping asam gelugor
2 camca besar tempoyak
2 batang serai, dititik
10 bii cili hijau, dihiris (dania letak 4 biji jer sbb x de stok)
cili padi, hiris - ikut kepedasan (nie dania tambah sendiri)
1/2 camca teh serbuk kunyit
1/2 cawan air
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, serai dan cili hijau hingga layu, masukkan ikan bilis, serbuk kunyit dan tuang air.
2. Masukkan asam gelugor dan tempoyak, kacau hingga rata. Tambah garam secukup rasa, kecilkan api dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan segera....

Sawi Ikan Masin



Resepi ni dania ambik dr blog Mat Gebu..Sedap dan tidak menghampakan kalu kita mencuba..

Dania CP terus dr blog Mat Gebu ekk..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g sawi cina jenis pendek @ bok choy
50 g daging ikan masin tenggiri
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
2 biji cili merah, hiris serong
2 1/2 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap cair
Sedikit air
Minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Sawi cina @ bok choy, dicuci bersih, asingkan tangkai dan daunnya, siang berasingan. Daging ikan masin tenggiri, dicuci, keringkan dan dadu kecil. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan masin hingga kekuningan, tolak ke tepi kuali, masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan cili hiris, tumis hingga harum, gaul bersama ikan masin tadi.
3. Masukkan sos tiram, kacau rata dan tuang sedikit air. Masukkan batang sawi cina dan masak hingga lembut, masukkan pula daunnya, kacau dan tuang kicap cair. Kacau pantas dan masak dengan api yang besar.
4. Bila nampak layu sedikit, matikan api dan rasa, jika ok, boleh dihidangkan segera bersama nasi....

Monday, March 30, 2009

Terung Berlada


Mlm td wat terung berlada nie..sedap n menyelerakan..mkn ngan nasi panas mmg meletup..Resepi ni kalu x salah dania le kan dr kak umie atau en mat gebu..

Bahan:-
3 biji terung sederhana besar
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu besar cili boh
2 - 3 sudu makan gula/secukup rasa
garam secukup rasa
Dikisar:-
3 biji cili merah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu makan udang kering
Cara-Cara:-
Basuh terung dan belah 4 di tengahnya, jangan putus. Goreng dalam minyak hingga 3/4 masak, jangan layu sgt..lembik nanti. Angkat dan letakkan dalam bekas sesuai, ketepikan. Kurangkan sedikit minyak dalam kuali jika terlalu banyak. Tumis bahan kisar dan cili boh dengan api perlahan. Kacau hingga cili benar2 masak dan naik minyak sikit. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Masak hingga agak pekat. Tutup api dan tuangkan ke atas terung tadi dan rata-ratakan.

sambal lanun



Mmg x rugi cuba sambal lanun nie..sedap n menyengat.resepi nie kalu x salah dania dr kak normasri..kalu salah ampun k...

Bahan-bahan:

1-2 gengam ikan bilis
½ sudu kecil belacan } bergantung kpd tahap kepoweran belacan tersbt, nak tambah lagi boleh gak tapi sapa2 yg ada resdung awasssss..
10 tangkai cili padi } dibelah 2 nak lagi pedas boleh buh byk2.
sedikit minyak

Cara membuat:

Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat ketepikan
Masukkan pula cili api, goreng sekejap hingga naik bau angkat.
Goreng pula belacan sekejap hingga harum semerbak..angkat
Pastu campurkan ikan bilis, cili api dan belacan kemudian bolehlah tumbuk atau kisar dgn blender kering hingga hancur.
Sgt sedap dimakan dgn nasi panas2 tanpa lauk lain pun tak apa..
Jika buat lebih boleh simpan dlm botol dan masukkan dlm petiais, dikala kebuluran boleh makan nasi dgn sambal ni aje pun sodapppp..

Peringatan: Cili api mesti dibelah dulu sebelum digoreng kalau idak meletup2 cam perang dunia ke-2

Friday, March 27, 2009

Gulai Tempoyak Ikan Jelawat


Tengahari nie msk simple jer..Gulai Tempoyak,kacang buncis goreng,telur dadar n ikan pekasam..
Gulai Tempoyak ni wat pekat sikit br menjilat jari rasenye..kalu cair kurang sedap..Dania wat Gulai Tempoyak nie stail org Kuala Kangsar yg punyer.

Bahan2:
1 ekor ikan jelawat yg sederhana besar(ikan air tawar yg lain pon ok gak)
2 1/2 sudu besar tempoyak**
2 tangkai cili merah**
20 biji cili padi (ikut kepedasan masing2 le ekk)**
2 btg serai dititik
1/4 kunyit hidup**
4 cawan air (ikut kepekatan masing2)
garam secukup rase
serbuk perasa
sedikit gula(tambah gula kalu tempoyak yg digunakan sudah lama)

Cara memasak:
1. Kisar semua bahan yg bertanda ** dgn secawan air...
2. masukkan ikan ke dlm periuk.Kemudian masukkan pula bahan yg dikisar tadi..
3. Gaul sebentar ikan dgn bahan yg dikisar..
4. tambahkan air n jgn lupa masukkan serai yg dititik tadi ke dlm periuk..
5. letak periuk diatas api n tunggu smpi mendidih..jgn kacau sgt takut ikan hancur lak..
6. kemudian masukkan garam n bahan perisa..
7. tunggu sebentar n boleh la ditutup api..hidangkan...

Pic Anak Kesayangan (Muhammad Zackry)


Pic nie diambil mase baby umo sehari...baby dilahirkan pada 25 Nov 2008 hari selasa di Hospital Manjung,Perak.Masa di lahirkan baby terpaksa kuar ikut "tingkap" sbb berat baby mase tue 4.2kg..Doc nasihatkan saya supaya operate ajer sbb takut risiko sangkut bahu kalu bersalin normal..



Baby mase umo 2 ari...dok kt wad semua budak2 nurse yg praktikal tu dtg picit pipi dia sbb geram..mase kt dlm wad tu baby yg paling besar..anak org len semuanye lahir sekitar 2-3 kg lebih shj..





Pic ni di ambil mase baby baru kuar wad pada 28 Nov 2008...baby dok wad 3 ari ajer sbb x de aper2 masalah mase tu..baby kena demam kuning pon tahap normal jer..x teruk.



Sblm pi shopping kt JJ smpt lg snap gambar...



Nie pic pas balik kg kt Termerloh pada 26/1/2009...Berhenti rehat kt Genting Sempah sekejap..



Nie pic terbaru baby mase majlis cukur jambul....







Pic nie diambil mase Sambutan Hari Raya Kakitangan Maritim dan kandungan Dania mase tu berusia 8 bulan..time tue mmg very the tembam..hehehe...


Wednesday, March 25, 2009

Majlis Cukur Jambul Muhammad Zackry



Assalammualaikum..

Akhirnye de gak blog sendiri...leh gak letak aktiviti harian n resepi2 yg menarik kt sini...

kt atas nie pic mase majlis cukur jambul anak Dania yg pertama..Muhammad Zackry pada 22 Mac 2009...mase nie umo dia br nak msk 4 bulan..




Nie lak pic sekitar majlis tersebut....Kumpulan Marhaban Kampung Talang Hilir memulakan majlis pada pkl 10.30pg...



Setelah selesai majlis marhaban..doa selamat diadakan pula..selepas tue br sesi menjamu selera lak...
Teratak Rieza © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute