About Me
- Teratak Rieza
- seorg isteri kepada Sabri b. Ali dan merupakan ibu kepada seorg cahaya mata lelaki yg bernama Muhammad Zackry..seorg yg periang n peramah..berasal dr Kuala Kangsar,Perak n skrg menetap kt Klang..
Sembang di sini
Blog Archive
Monday, July 27, 2009
Tom Yam Seafood
Resepi ni amik dari blog mat gebu. sedappp sangat..
Bahan Utama:-
1 keping ayam bahagian dada
8 - 10 ekor sotong
8 - 10 ekor udang besar
Bahan Sayur:-
1 batang lobak merah, dipotong baji
10 kuntum cendawan butang, belah 2
5 batang putik jagung, belah 2
1 biji bawang besar, potong 4
2 biji tomato, belah 4 setiap sebiji
6 - 8 biji cili padi, diketuk
Bahan Rempah:-
2 camca besar "LIFE" tom yam paste
2 batang serai, diketuk
1 cm lengkuas, diketuk
1 pokok ketumbar, cuci bersih dgn akar sekali
2 helai daun limau purut
1 cm halia, diketuk
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 ketul kiub ayam "MAGGI"
Bahan Perisa:-
2 - 3 camca besar jus limau kasturi
Sedikit gula
Sos ikan (nampla) secukup rasa
Cara membuatnya:-
1. Ayam dibersihkan dan potong kecil, cuci bersih dan tos. Kupas udang dan buang urat belakang, cuci bersih, toskan. Sotong dibelah dan potong kasar, cuci dan tos. Ketepikan
2. Dalam periuk, tuang air (kurang lebih 700ml) dan jerang atas dapur. Masukkan semua bahan2 perisa dan biar mendidih. Kemudian masukkan ayam, lobak merah, cili padi ketuk dan belahan bawang besar, masak hingga lobak 3/4 lembut.
3. Kemudian masukkan sotong, udang dan semua bahan sayur. Biar mendidih dan perasakan dgn sedikit gula dan sos ikan mengikut keserasian tekak masing2. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi juga mengikut tahap kemasaman yg diinginkan. Boleh dihidangkan panas...
Labels:
Masakan Thai
Tuesday, July 21, 2009
Pic Terbaru Anak Kesayanganku
Pic smlm yg abah dia tangkap mase dia tengah mandi..Pic nie khas utk tatapan mak teh baby di kg...Kalu mak teh nak tahu skrg ni baby dh tumbuh 2 batang gg...dah pjg gg nye..
Labels:
family
Ikan Pekasam Style Orang Kuala
Ikan pekasam nie mak sy yang dok kat kuala kangsar yg bagi..sedap yg amat2..tambah lak kalu makan ngan nasi panas..mmg x pandang keliling dah....
Labels:
ikan
Ikan Kukus
Resepi asal dari diana...tp sy ambik resepi nie dr blog ummi...Mmg sedap arr...Cuba le jangan x cuba ye..
Bahan:-
• 1 ekor ikan siakap (saya guna bawal putih)
• 8 tangkai cili padi - hiris halus
• 2 biji bawang putih, diketuk
• 2 inci halia - dihiris tebal dan diketuk
• 1 cawan kicap (saya kuruangkan lg kicap nie)
• 1/2 cawan air
• 2 sudu makan madu
• sedikit garam (saya x letak pon)
Cara Memasak:-
1. Ikan dibersihkan dan ditoskan. Panaskan periuk kukusan.
2. Campurkan cili padi, bawang putih, halia, kicap, air dan madu. Gaul dengan tangan . Kemudian gaulkan ikan tersebut sambil dimasukkan bahan-bahan ke dalam perutnya.
3. Perapkan ikan sebentar selama 10 minit.
4. Letak ikan di dalam bekas tahan panas dan tuangkan lebihan bahan di atas ikan.
5. Kukus selama 30 minit atau hingga ikan masak. Angkat dan hidangkan panas-panas..Sedap sangat!!!

Sawi Goreng Simple
Bahan-bahannye simple jer..
sawi yg kontot tu(x igt name aper)
bebola ayam
bawang putih - dimayang
bawang merah - dimayang
cili merah - di mayang
carot - dihirs memanjang
ikan bilis
sos tiram - 2 sudu besar
serbuk perasa
Cara Memasak:
Mula2 tumis bawang merah n bawang putih hingga kekuningan..pastu mskkan ikan bilis..kacau skit..masukkan cili merah n carot..kemudian masukkan sos tiram.letak skit air.masukkan pulak sawi..biarkan sebentar.pastu br masukkan bebola ayam.. tadi..tabur serbuk perasa skit..
angkat dan sedia utk dihidang..
Labels:
sayur
Monday, July 20, 2009
kek coklat kukus
Walaupon rupa x berape nk menjadi tp sedap dimakan tau...dalam mase 2 ari abis kek tu dimakan suami n kawan..kek tu jadi retak sbb loyang dia kecik skit..lenkali kalu nk wat nk cari loyang yg besar skit..kek sy ni x make up pon..malas le..wat kek nie pon mase ngah masak hidangan utk mkn tengahari..resepi asal dr bebop..geng di CARI.COM
KEK COKLAT KUKUS
1 1/2 BIJI BUTTER (250 GM + 125 GM)
2 CAWAN GULA HALUS
1 TIN SUSU CAIR
4 BIJI TELOR
2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 CAWAN KOKO
1 SUDU TEH BAKING POWDER
1 SUDU TEH SODA BIKARBONAT
1 SUDU TEH ESEN VANILLA
CAIRKAN BUTTER DLM PERIUK, KEMUDIAN MASUKKAN SUSU CAIR, ESEN VANILLA DAN GULA, KACAU PERLAHAN HINGGA SEMUA HANCUR DAN SEBATI. kEMUDIAN TUTUP API DAN BIARKAN ADUNAN SUAM. SELEPAS ITU MASUK TELUR YG TELAH DIPUKUL DAHULU KEDALAM ADUNAN. SATUKAN DAN AYAK TEPUNG, KOKO, BAKING POWDER DAN SODA BIKARBONAT, KEMUDIAN CAMPURKAN SEMUA BAHAN KERING KEDALAM ADUNAN TADI. KACAU SEBATI HINGGA RATA KEMUDIAN KUKUS SELAMA 1 1/2 JAM.
(ACUAN HENDAKLAH DI SAPU MINYAK KEMUDIAN DI LAPIK DENGAN KERTAS MINYAK SUPAYA SENANG UNTUK DIKELUARKAN KEK DARI ACUAN NANTI. DAN JUGA TUTUP PERMUKAAN ACUAN KEK DENGAN FOIL PAPER SUPAYA AIR KUKUSAN TIDAK JATUH KE ATAS KEK.)

kek
kuih bakar bijan
Resepi nie saya ambik dr blog ummi..Mmg x rugi mencuba sbb kuih nie mmg sedap..my hubby pon suka...Resepi nie copy paste dr blog ummi ye la ekk..malas nk taip dah..
Bahan:-
• 1 cawan gula
• 1 cawan jus pandan/ air + pandan essence
• 2 cawan tepung gandum
• 2 1/4 cawan santan (1 tin santan = 450 ml)
• 2 sudu makan mentega
• 3 biji telor
• 1/2 sudu teh garam
• pewarna hijau
• bijan
Cara-Cara:-
1. Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
2. Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
3. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
4. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C sampai kuning/garing (*ummi set oven 165C selama 1 jam 15 minit)

kuih
Subscribe to:
Posts (Atom)
My Blog List
Followers
Category
- Cuti-Cuti 1Malaysia (1)
- Daging (1)
- family (7)
- ikan (4)
- kek (1)
- kuih (1)
- Masakan Thai (1)
- sambal dan cicahan (2)
- sayur (4)