Di Melaka ni, sebenonyer banyak tempat-tempat yang menarik untuk kita lawati. Bagi yang belum ader peluang melawat negeri Melaka bandar bersejarah nie, disini diceritakan ler serba sedikit tempat-tempat menarik yang telah saya sekeluarga lawati..
Taman Buaya ni terletak kat area Ayer Keroh .. Nak masuk kena bayar tiket RM5.00 je.. Kalo nak masuk ke Taman Permainan Air sekali kena tambah lagi RM5.00..
Di Taman Buaya nieh, terdapat lebih daripada 100 specis buaya dan lain-lain haiwan juge. Segala landscape dan keadaan sekeliling telah dibuat supaya menyerupai habitat buaya tuh!! Hujung minggu biasanyer ader persembahan khas dari buaya-buaya nie, seperti orang masukkan kepala dalam mulut buaya.
Si Bongkok..
…terdapat juga replika bangunan-bangunan popular di Malaysia.
.
Oppss.. sblm ke hotel penginapan kami singgah dulu di Pasaraya MAIDIN untuk membeli belah.. barang2 kat sini lebih murah..
Perjalanan ke Bandar Melaka
Hotel penginapan..
Sejuuukk nyer..!! dn.. Kepenatan..
Di sebelah malam plak pegi ronda-ronda sekitar Kampung Morten.. satu-satunya perkampungan Melayu di Bandar Melaka. Kampung ini dianggap sebagai muzium hidup dan dinamakan sempena nama J.F Morten yang telah memainkan peranan untuk membina perkampungan ini awal tahun 1920-an..
Lepas ronda2 kami ke Melaka River Cruise (MRC).. Tiket dikenakan sebanyak RM10 untuk orang dewasa dan RM5 untuk budak kecil, bermula dari pukul 9 pagi hingga 12 malam. Kami memulakan perjalanan dari Taman Rempah yang mengambil masa kira-kira 45 minit.
Ketika menaiki bot akan terdapat penerangan ringkas tentang kawasan yang dilawati. Antara yang menarik adalah Kampung Morten.. Selain tu, bangunan-bangunan kedai di tepi sungai di cat dengan cantik, malahan ada sesetengah bangunan terdapat lukisan mural yang menarik. Bagi mencantikkan suasana terdapat kilauan lampu-lampu di pesisir sungai bagi memberi kemeriahan.
Hari kedua la plak.. jeng..! jeng..! jeng..!
Sekitar Banda Hilir..
Selepas penat menapak.. tiba la plak mase untuk menaiki Menara Taming Sari.. Rekaannya adalah berdasarkan rekabentuk Keris Taming Sari. Ia merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka (bersebelahan Dataran Pahlawan). Ia mampu memuatkan sehingga 80 orang dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 11 malam dengan harga tiket dewasa RM20, kanak-kanak RM10 dan warga emas RM17 seorang.
Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia.
Sesi membeli belah.. beli jugak la sikit cenderahati dan dua pasang baju Zackry untuk kenangan..
Hari ketiga.. Mari jalan-jalan ke Zoo Melaka
Zoo Melaka iaitu antara zoo yang terbesar di Malaysia. Sungguh berbaloi jika anda ke Zoo Melaka kerana terdapat pelbagai acara jika anda tiba tepat pada masanya.
Antaranya persembahan gajah. Anda juga boleh bergambar dengan mereka sebagai kenang-kenangan. Not bad jugaklah zoo Melaka ni.. lenguh lah jugak betis aku berjalan kt dalam tu..